Monday, January 16, 2012

HARGA EMAS RM503 SEGRM MENJELANG TAHUN 2020

Berita Harian Online ( Ekonomi)

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17 ( selasa)

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.
 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
 

Sunday, January 15, 2012

90,000 tan Emas masih belum di lombong !!!!

Hanya 90,000 tan emas yang masih belum dilombong !!!
Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan dan para pembaca sekalian, harap anda sihat sentiasa dan dilimpahi kekayaan dan rahmat dari Allah Taala. Baiklah walaupun pada ketika ini jadual agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah namun saya gagahi juga untuk menulis posting ini. Saya rasa seperti ada satu kekurangan jika saya tidak share maklumat yang saya perolehi ni. Maklumat ini bukan sepenuhnya dari saya sebaliknya dari berita Harian Metro di ruangan ekspresi pada hari ahad bertarikh 12.1.12.
Mungkin ramai yang telah membacanya, namun begitu saya sengaja meletakkan di blog saya untuk rujukan di masa depan. Mungkin juga ada dikalangan pembaca yang terlepas pandang atau tidak sempat membacanya. Walau bagaimanapun saya rasa maklumat ini amat penting untuk di kongsi bersama. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.  
Ekspresi Berita Metro 12.1.12

ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.
KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.
Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.

Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.


   
YAKIN HIDUP BERUBAH... Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.



·        
HASIL LOMBONG... produk akhir yang hanya mengandungi kira-kira 37.5 peratus emas dan bernilai hampir RM575,000.



Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.

Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.

Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.

Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.

Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.


“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah
184 juta (RM882 juta),” katanya.


Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.


Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).


Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.


Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.


Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.


Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.


Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.


Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.


Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.


Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.


Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.


“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.


Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.


“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.


“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.


Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.


Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina - Chile.


Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.


Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.


Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.


Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.


Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas - biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.


Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.


Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.


Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.


Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.


Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.


“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.


“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.


Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.


Peralatan mereka sangat sederhana - satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.


Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.


Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.


“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.


Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.


Ia disokong Souter.


Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.


“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.


“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.


Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.


Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira
5 (RM25).


Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.


Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.


Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.


Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.


“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.


Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.


Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.


“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.


Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.


Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.


Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.


Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).


Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.


“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.


Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.



Sampai disini sahaja untuk posting kali ini.
Semoga Anda Berpuas Hati.
Wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

RAMALAN HARGA EMAS 2012

Salam rakan-rakan dan pembaca sekalian, semoga anda dan keluarga sihat sentiasa dan dibawah lindungan Allah selamanya. Baiklah posting kali ini saya mahu berkongsi berkaitan ramalan harga emas pada tahun 2012, jika anda baca posting saya pada tahun lepas, terdapat juga keratan akhbar yg meramalkan kenaikan harga emas pada tahun 2011.


 Nampaknya ramalan tersebut melebihi jangkaan yg sepatutnya dimana harga emas jauh lebih tinggi dari yg di jangkakan. Walau apa pun itu semua hanya ramalan, jangan terlalu yakin, sebaliknya kita perlu ambil perhatian dengan keadaan semasa dan merancang apa pula strategi pelaburan yang bakal kita buat pada tahun ini. Apa yg penting apakah teknik pelaburan yang hendak kita gunakan pada tahun ini agar kita boleh memperolehi keuntungan yang maksima. Jika mahukan resiko yg rendah kita boleh gunakan teknik skala tetapi jika mahukan keuntungan yg lebih gunakan teknik beli, pajak, beli lagi guna duit pajakan kali pertama, multiply dan overlaps tetapi resikonya juga lebih. Apa yang penting untuk teknik ini adalah volume belian, harga semasa belian dan tempoh jangkaan masa yang sesuai untuk melakukannya. 


Walau apapun teknik dan strategi yang anda gunakan, pastikan ada mendapat keuntungan. Anda bacalah keratan akhbar ni, kemudian buatlah persediaan untuk tahun ini. 





Selain itu, mari kita lihat kenaikan harga emas berdasarkan jadual harga emas bagi bulan dan tahun yang lepas sehingga pada tarikh posting ini ditulis.  












Pesoalannya, bagaimanakah formula dalam mengenalpasti  %  kenaikan harga emas berdasarkan jadual diatas. Caranya adalah harga High - harga Low bahagi harga Low x 100 = peratus kenaikan harga emas. 

So  anda boleh mengenalpasti kenaikan harga emas bagi setiap tempoh masa yang terdapat pada jadual diatas. Anda kiralah sendiri ye, x kanlah ini pun saya nak suap. Sekian sahaja posting untuk kali ini. 

Semoga anda dan saya berjaya. Yang pastinya kepuasan anda keutamaan kami.