Wednesday, November 23, 2011

PELABURAN EMAS MELALUI GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA)

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semoga sihat dan sukses selalu dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar dewasa ini. Saya tahu tuan-tuan sudah tidak sabar lagi untuk menukarkan wang kertas  tuan puan kepada bentuk emas.

Selain pelaburan dalam bentuk fizikal, tuan puan juga boleh melabur dalam bentuk GIA dalam portfolio pelaburan emas anda. Produk ini boleh ditukarkan dalam bentuk emas fizikal mengikut polisi yang ditetapkan oleh pihak bank.


Salah seorang mentor saya iaitu Tuan Karim Bizmambau selalu  mengingatkan saya, carilah ilmu pasal emas, kelak emas akan datang kepada kamu tetapi jika kamu cari emas tapi tiada ilmu pasal emas maka kamu tak akan ke mana. Silap haribulan rugi yang kamu dapat dan bukannya untung.

Jadi posting hari ini adalah ilmu berkaitan dengan produk GIA yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Bayangkanlah keuntungan yang bakal anda perolehi jika mengabungkan teknik skala dan GIA dalam pelaburan emas anda, perghhhhhhh... memang berbaloi. Keuntungan yang diperolehi dijangkakan melebihi 40% setahun.
Jom kita lihat perbezaan GIA  yg ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia...mana satukah yang terbaik untuk kita membuat pelaburan.



Bank 


Pelaburan
 minima

Minima  tambahan/
Pengeluaran

Minima baki dalam akaun

Bayaran faedah

Spread
Status  ditukar kpd emas
Fizikal

UOB (GIA)

20g

5g
10g ( Jika kurang 10g, RM 2 akan di caj per month)

Tiada

1 %

Boleh





Maybank 

1g
1g
1g
Tiada
4.25%
Tidak Boleh
Public bank (PBGIA)
20g
5g
10g (jika  kurang dari 10g, RM 10 akn  di caj)
Tiada
2.2%
Boleh
CIMB Bank (GDA)
10g
5g
10g (jika kurang dari 10g, RM 5 akn dicaj)
Tiada
3.1%
Boleh  


Lain-lain caj boleh rujuk bank masing-masing.
Baiklah , setelah membuat analisis bank-bank di Malaysia yang menawarkan  Akaun Pelaburan Emas saya dapati  bank UOB lebih menguntungkan. Kenapa ?  Sebab harga jualan dan spreadnya terendah setakat ini. Apa itu spread? Spread adalah beza harga jual dan harga beli, sebagai contohnya mari  kita lihat spread harga semasa UOB, CIMB dan Public Bank. Sebelum itu kita perlu faham, ‘Bank Selling’  bermakna harga kita beli dengan bank manakala ‘Bank Buying’  bermakna harga kita jual balik emas kita pada bank.



Gold Investment Accounts
Last updated 15/11/2011 13:56
ITEM
SIZE
BANK SELLING                  BANK BUYING
      (RM)                                    (RM)

Premier Gold Account
1KG
  179800.00                           178800.00

Gold Savings Account (GIA)

1GM

  180.30                                   178.30

Formula nak cari spread ( beza harga beli dan harga jual) ialah harga jual tolak harga beli bahagi harga beli x 100. Contoh spread UOB untuk Gold Saving Account diatas :
RM 180.30 – RM178.30 = RM2.
RM2 bahagi RM178.30 x 100 = 1.1% (Spread)  
GOLD Deposit CIMB
Last Update: 15-11-2011



    Selling
Buying

Gold Deposit   
     
 183.500

177.900


Mari kita lihat % spread untuk GDA CIMB pula,


RM183.5 – RM 177.900 = RM 5.6
RM 5.6 bahagi RM177.900 x 100 = 3.14% ( Spread)


Public Bank

Gold Investment Account as at 15/11/11 1:45 PM



            Selling Price
         Buying Price
 1 gram
RM 183.6900
RM 176.4900

% spread untuk GIA Public Bank pula ,
RM 183.6900 – RM 176.4900 =  RM 7.2
RM 7.2 bahagi RM 176.4900 x 100 = 4 % (spread)
Dalam konteks ini, lagi rendah % spread emas tersebut lebih banyak dan cepatlah anda menjana keuntungan. Jadi tuan-tuan boleh fikirkanlah bank mana yang menjadi pilihan. Selain itu cuba kaji bank-bank lain yang menawarkan produk GIA di Malaysia. Anda carilah sendiri ye.
Satu lagi perkara yg perlu tuan-tuan perlu ambil tahu adalah bila harga emas rendah anda beli dan bila harga emas tinggi maka anda jual. Ini sangat penting untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Beri masa kepada diri anda sekurang-kurangnya 1 tahun untuk menikmati keuntungannya. Oleh itu mintalah bantuan agen anda bagi mendapatkan maklumat tersebut.
Bagi memudahkan tuan puan menyemak harga semasa bank, sila lihat di sebelah kanan blog saya. Klik saja pada nama bank maka akan jumpa alamatnya. So rajin-rajinlah melawat blog saya nie..ha..ha..ha.
Berdasarkan maklumat ini saya mencadangkan kepada anda, dengan  hanya modal sekali sahaja serta menggunakan  kombinasi  teknik skala dan teknik GIA ini, insya Allah saya yakin anda boleh memperolehi keuntungan melebihi 20% atau sekurang-kurangnya 40% setahun. Malah saya yakin lebih dari itu. 
Mari kita lihat pula dari sudut  Syariat Islam berkaitan GIA. Beberapa pendapat mengatakan GIA ini haram kerana membeli barang tetapi tidak memperolehi barang tersebut sebaliknya hanya jumlah wang sahaja yang ditunjukkan pada buku akaun bank tanpa mengetahui sama ada barang itu wujud atau tidak.
Menurut kitab Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid 3 yang di tulis oleh Dr.Mustapha Al-Bugha dan rakan-rakan serta disemak oleh Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz, Takrif jual beli dari segi bahasa  adalah pertukaran sesuatu dengan sesuatu sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda.
Manakala menurut istilah fuqaha’, jual beli adalah akad yang merujuk  kepada pertukaran sesuatu  harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Maka dalam konteks ini jika nilai emas yg dibeli boleh ditukarkan kepada emas fizikal maka ia adalah sah disisi Islam begitu juga sebaliknya. Maka anda lihat sendiri, bank mana yg lebih sesuai untuk anda melabur.
Selain itu pilihlah  bank mana yg bersesuaian dengan selera anda berdasarkan lokasi, caj atau polisi lain yang telah ditetapkan oleh pihak bank yang anda perlu ambil perhatian. Selain bank diatas Kuwait Finance House juga ada menawarkan GIA.
Saya harap tuan-tuan faham dengan apa yang saya sampaikan dan berharap semoga apa yang saya sampaikan dapat memberikan manfaat kepada anda, keluarga dan umat Islam seluruhnya. Sebelum berpisah saya ingin menyampaikan satu kisah yang diriwayatkan oleh  Saidina Ali r.a :
Pada satu hari Nabi Muhammad S.A.W telah didatangi oleh seorang lelaki dan berkata: Ajarkanlah kepada ku satu amalan yang membuat  Allah dan para makhluk mencintaiku, menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku dan membangkitkan aku dipadang mahsyar bersamamu. Nabi Muhammad menjawab: kamu memohon 6 perkara, jadi kamu perlu melakukan 6 perkara juga, apabila kamu mahu Allah mencintaimu takutlah kepadanya dan bertakwalah, apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan mengharap sesuatu dari apa yang mereka miliki, apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu, apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkan sedekahmu, apabila kamu mahu panjang umur, jalinkanlah silaturahim dengan saudara-saudaramu, apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, panjangkanlah sujudmu kepada Allah yang maha esa lagi maha perkasa.
Sekian, semoga anda berpuas hati.