TEKNIK PELABURAN EMAS

1. TEKNIK SKALA BULANAN.
Teknik skala bulanan bermaksud anda memajakkan emas anda di
Arrahnu sebulan sekali. Wang hasil pajakkan, anda simpan untuk 
 membeli stok emas lagi di masa hadapan. Jika nak pulangan lebih pantas laburkan duit itu ke dalam Gold Investment Account (GIA) sementara habis fasa 1. Pelaburan melalui GIA akan saya postingkan selepas ini.

Perlu diingat wang yang anda gunakan untuk melabur tidak digunakan untuk bayaran bulanan seperti bayaran bulanan kereta, sewa rumah, insurans, belanja dapur dan sebagainya. Anggaplah anda melabur seperti mana melabur dalam ASB, setelah setahun baru dapat profitnya. 
Dengan Teknik Skala bermaksud anda mengeluarkan modal sekali sahaja bagi menambah stok emas anda dengan lebih banyak lagi, bergantung kepada modal yang anda keluarkan. Dengan teknik ini, anda tidak perlu menunggu kenaikan harga emas setiap tahun kerana tempoh masa untuk menghabiskan fasa 1 melebihi 1 tahun.  Jom kita lihat contoh dibawah: 
Contoh Teknik Skala bulanan utk 30g x 6 pcs
Rate GCP    : RM 195 segrm x 30g = RM 5850                  
Modal : 30g x 6 pcs =   RM 35100                           
Rate Agro : rm 203 x 30g = RM 6090 (MARHUN)            
Formula:
1.        % pajakan                          =  kita tentukan sendiri ( 50%,55%,60%,65%,70%) sahaja.
2.        Pinjam semasa                 = Nilai marhun Agro  x  % pajakkan
3.        Pinjam terdahulu             = Lihat pada pinjam semasa emas yg hendak ditebus
4.        Upah simpan terkini        = Nilai marhun x 0. % pajakkan
5.        Upah simpan terdahulu  = Lihat pada Upah simpan terkini  x dgn jumlah bulan di pinjam.
6.        Profit                                 = pinjam semasa  –  pinjam terdahulu  - upah simpan terdahulu

Turn emas
Berat emas
      % pajak
Pinjam semasa
Pinjam
terdahulu
Upah simpan terkini
Upah simpan terdahulu

Profit
1    
A
30g
50
3045
-
30.45
-
3045
2     
B
30g
50
3045
-
30.45
-
3045
3     
C
30g
50
3045
-
30.45
-
3045
4    
D
30g
50
3045
-
30.45
-
3045
5     
E
30g
50
3045
-
30.45
-
3045
6
F –A
30g
60
3654
3045
36.54
30.45x 6= 182.7
426.3
7
A –B
30g
60
3654
3045
36.54
182.7
426.3
8
B –C
30g
60
3654
3045
36.54
182.7
426.3
9
C-D
30g
60
3654
3045
36.54
182.7
426.3
10
 D - E
30g
60
3654
3045
36.54
182.7
426.3
11
E – F
30g
70
4263
3654
X 0.75%
45.6
36.54X6= 219.24
389.7
12   
F – A
30g
70
4263
3654
45.6
219.24
389.7
13    
A – B
30G
70
4263
3654
45.6
219.24
389.7
14  
B – C
30G
70
4263
3654
45.6
219.24
389.7
15
C -  D
30G
70
4263
3654
45.6
219.24
389.7
FASA 1


-
-
-
-
-
-
19’305
- 11’700=
7’605
(10G X 6PCS)
16   
 D – E
30 + 10g
60
(8’120)
4872
4263
48.72
45.6x6=
273.6
335.4
17    
E – F
30 + 10g
60
4872
4263
48.72
273.6
335.4
18    
F –  A
30 + 10g
60
4872
4263
48.72
273.6
335.4
19    
A -  B
30 + 10g
60
4872
4263
48.72
273.6
335.4
20    
B – C
30+ 10g
60
4872
4263
48.72
273.6
335.4
21    
C – D
30 + 10g
70
5684
4872
X 0.75%
60.9
48.72x 6=
292.3
519.7
22
D – E
30 + 10g
70
5684
4872
60.9
292.3
519.7
23
E – F
30 + 10g
70
5684
4872
60.9
292.3
519.7
24
F – A
30 + 10g
70
5684
4872
60.9
292.3
519.7
25
A – B
30 + 10g
70
5684
4872
60.9
292.3
519.7
26
B – C
30 + 10g
In hand






     Total =
4’275.5
+ 7’605.0
11’880









































Keistimewaan teknik ini:
1. Masa yg diperlukan hanya 2 tahun 1 bulan.
2. Anda masih ada lagi profit sebanyak 40% berdasarkan kenaikan harga emas 20% 1 tahun yg belum terusik. 
3. Stok emas anda meningkat dari 180g menjadi 240g tanpa keluar modal sesen pun.
4. Anda ada cash money in hand sebanyak Rm 11’880.00 dan boleh beli stok emas lagi.
5. Stok emas yg anda pajakkan di bank hanya 70% jadi jika anda jual emas tersebut anda masih ada lagi 30% (untung runcit) nilai emas yg masih belum terusik. Dalam bentuk asset.
6.  Anda boleh tebus emas anda bila-bila masa jer sebab anda ada emas 40g in hand yg ditugaskan untuk menebus pajakkan emas secara satu persatu.
Mari kita lihat berdasarkan modal yang telah anda keluarkan sebelum ini.

Modal anda
Profit
Cash in hand
Profit
30%  nilai emas yg belum ditunaikan (asset)
Profit
40% kenaikan harga emas untuk 2 tahun.
Profit
 setelah ditolak dgn modal terdahulu

 Rm35’100


Rm 11’880
Nilai emas di bank = Rm8120
70% = rm 5684 ( dipajak)
30% = rm 2436 ( baki) Rm2436 x6pcs =
Rm 14’616
Kiraannya :

Rm 35’100 x 40% = Rm14’040
   
   
     Rm 35’100 
     Rm 11’880
     Rm 14’616
  - Rm 14’040     
Total



  - Rm   5’436

Berdasarkan jadual diatas modal yang anda keluarkan telah kembali semula hanya dalam masa 2 tahun dalam bentuk cash money dan juga nilai stok emas yg anda miliki. Anda juga memperolehi lebihan modal sebanyak Rm 5’436. Macamna bro ada berbaloi ka ini pelaburan emas ha..ha..ha...
Mari kita lihat pula perbandingan  antara pelaburan emas dengan pelaburan ASB berdasarkan modal  anda .

Perkara
PELABURAN EMAS
PELABURAN ASB
1. Modal
Rm 35100
Rm 35100
2.Tempoh
2 tahun  
2 tahun
3. Stok  emas
240g
Tiada
4. Profit    Cash in hand
Rm 11’880 berdasarkan kiraan jadual sebelum ini.
Rm 35’100 x 16% =  Rm 5616
6. % kenaikan
Sekurang-kurangnya 20% setahun jika guna strategi yg betul (40%)

Anggaran 8% setahun (16%)
7. Status asset
Milik anda sepenuhnya setelah ditebus satu persatu dgn emas in hand sambil menikmati untung runcit 30%.
Milik anda sepenuhnya.
8.Kecairan wang
Boleh dapatkan wang waktu kecemasan walaupun belum cukup tempoh setahun tanpa menjejaskan % keuntungan.
Jika jual balik waktu terdesak dan belum cukup setahun akan mempengaruhi % keuntungan pelaburan anda.
9. Nilai asset
Akan meningkat setiap tahun. Kalis inflasi.
Akan menyusut setiap tahun disebabkan inflasi atau kenaikan harga barang.

Jika dilihat perbandingan antara dua pelaburan diatas, memang jelaslah bahawa pelaburan emas lebih banyak menguntungkan pelabur berbanding ASB, jadi apa tunggu lagi bro bertindaklah sekarang...fast action fast result..
Pepatah ada mengatakan, " Dalam hidup ini, banyakkanlah memberi dan kurangkan menerima". Sekian, semoga anda berpuas hati.


2. Teknik Pelaburan Emas Melalui Gold Investment Account (GIA)


Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semoga sihat dan sukses selalu dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar dewasa ini. Saya tahu tuan-tuan sudah tidak sabar lagi untuk menukarkan wang kertas  tuan puan kepada bentuk emas.

Selain pelaburan dalam bentuk fizikal, tuan puan juga boleh melabur dalam bentuk GIA dalam portfolio pelaburan emas anda. Produk ini boleh ditukarkan dalam bentuk emas fizikal mengikut polisi yang ditetapkan oleh pihak bank.


Salah seorang mentor saya iaitu Tuan Karim Bizmambau selalu  mengingatkan saya, carilah ilmu pasal emas, kelak emas akan datang kepada kamu tetapi jika kamu cari emas tapi tiada ilmu pasal emas maka kamu tak akan ke mana. Silap haribulan rugi yang kamu dapat dan bukannya untung.

Jadi posting hari ini adalah ilmu berkaitan dengan produk GIA yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Bayangkanlah keuntungan yang bakal anda perolehi jika mengabungkan teknik skala dan GIA dalam pelaburan emas anda, perghhhhhhh... memang berbaloi. Keuntungan yang diperolehi dijangkakan melebihi 40% setahun.
Jom kita lihat perbezaan GIA  yg ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia...mana satukah yang terbaik untuk kita membuat pelaburan.



Bank 


Pelaburan
 minima

Minima  tambahan/
Pengeluaran

Minima baki dalam akaun

Bayaran faedah

Spread
Status  ditukar kpd emas
Fizikal

UOB (GIA)

20g

5g
10g ( Jika kurang 10g, RM 2 akan di caj per month)

Tiada

1 %

Boleh





Maybank 

1g
1g
1g
Tiada
4.25%
Tidak Boleh
Public bank (PBGIA)
20g
5g
10g (jika  kurang dari 10g, RM 10 akn  di caj)
Tiada
2.2%
Boleh
CIMB Bank (GDA)
10g
5g
10g (jika kurang dari 10g, RM 5 akn dicaj)
Tiada
3.1%
Boleh  


Lain-lain caj boleh rujuk bank masing-masing.
Baiklah , setelah membuat analisis bank-bank di Malaysia yang menawarkan  Akaun Pelaburan Emas saya dapati  bank UOB lebih menguntungkan. Kenapa ?  Sebab harga jualan dan spreadnya terendah setakat ini. Apa itu spread? Spread adalah beza harga jual dan harga beli, sebagai contohnya mari  kita lihat spread harga semasa UOB, CIMB dan Public Bank. Sebelum itu kita perlu faham, ‘Bank Selling’  bermakna harga kita beli dengan bank manakala ‘Bank Buying’  bermakna harga kita jual balik emas kita pada bank.



Gold Investment Accounts
Last updated 15/11/2011 13:56
ITEM
SIZE
BANK SELLING                  BANK BUYING
      (RM)                                    (RM)

Premier Gold Account
1KG
  179800.00                           178800.00

Gold Savings Account (GIA)

1GM

  180.30                                   178.30

Formula nak cari spread ( beza harga beli dan harga jual) ialah harga jual tolak harga beli bahagi harga beli x 100. Contoh spread UOB untuk Gold Saving Account diatas :
RM 180.30 – RM178.30 = RM2.
RM2 bahagi RM178.30 x 100 = 1.1% (Spread)  
GOLD Deposit CIMB
Last Update: 15-11-2011



    Selling
Buying

Gold Deposit   
     
 183.500

177.900


Mari kita lihat % spread untuk GDA CIMB pula,


RM183.5 – RM 177.900 = RM 5.6
RM 5.6 bahagi RM177.900 x 100 = 3.14% ( Spread)


Public Bank

Gold Investment Account as at 15/11/11 1:45 PM



            Selling Price
         Buying Price
 1 gram
RM 183.6900
RM 176.4900

% spread untuk GIA Public Bank pula ,
RM 183.6900 – RM 176.4900 =  RM 7.2
RM 7.2 bahagi RM 176.4900 x 100 = 4 % (spread)
Dalam konteks ini, lagi rendah % spread emas tersebut lebih banyak dan cepatlah anda menjana keuntungan. Jadi tuan-tuan boleh fikirkanlah bank mana yang menjadi pilihan. Selain itu cuba kaji bank-bank lain yang menawarkan produk GIA di Malaysia. Anda carilah sendiri ye.
Satu lagi perkara yg perlu tuan-tuan perlu ambil tahu adalah bila harga emas rendah anda beli dan bila harga emas tinggi maka anda jual. Ini sangat penting untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Beri masa kepada diri anda sekurang-kurangnya 1 tahun untuk menikmati keuntungannya. Oleh itu mintalah bantuan agen anda bagi mendapatkan maklumat tersebut.
Bagi memudahkan tuan puan menyemak harga semasa bank, sila lihat di sebelah kanan blog saya. Klik saja pada nama bank maka akan jumpa alamatnya. So rajin-rajinlah melawat blog saya nie..ha..ha..ha.
Berdasarkan maklumat ini saya mencadangkan kepada anda, dengan  hanya modal sekali sahaja serta menggunakan  kombinasi  teknik skala dan teknik GIA ini, insya Allah saya yakin anda boleh memperolehi keuntungan melebihi 20% atau sekurang-kurangnya 40% setahun. Malah saya yakin lebih dari itu. 
Mari kita lihat pula dari sudut  Syariat Islam berkaitan GIA. Beberapa pendapat mengatakan GIA ini haram kerana membeli barang tetapi tidak memperolehi barang tersebut sebaliknya hanya jumlah wang sahaja yang ditunjukkan pada buku akaun bank tanpa mengetahui sama ada barang itu wujud atau tidak.
Menurut kitab Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid 3 yang di tulis oleh Dr.Mustapha Al-Bugha dan rakan-rakan serta disemak oleh Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz, Takrif jual beli dari segi bahasa  adalah pertukaran sesuatu dengan sesuatu sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda.
Manakala menurut istilah fuqaha’, jual beli adalah akad yang merujuk  kepada pertukaran sesuatu  harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Maka dalam konteks ini jika nilai emas yg dibeli boleh ditukarkan kepada emas fizikal maka ia adalah sah disisi Islam begitu juga sebaliknya. Maka anda lihat sendiri, bank mana yg lebih sesuai untuk anda melabur.
Selain itu pilihlah  bank mana yg bersesuaian dengan selera anda berdasarkan lokasi, caj atau polisi lain yang telah ditetapkan oleh pihak bank yang anda perlu ambil perhatian. Selain bank diatas Kuwait Finance House juga ada menawarkan GIA.
Saya harap tuan-tuan faham dengan apa yang saya sampaikan dan berharap semoga apa yang saya sampaikan dapat memberikan manfaat kepada anda, keluarga dan umat Islam seluruhnya. Sebelum berpisah saya ingin menyampaikan satu kisah yang diriwayatkan oleh  Saidina Ali r.a :
Pada satu hari Nabi Muhammad S.A.W telah didatangi oleh seorang lelaki dan berkata: Ajarkanlah kepada ku satu amalan yang membuat  Allah dan para makhluk mencintaiku, menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku dan membangkitkan aku dipadang mahsyar bersamamu. Nabi Muhammad menjawab: kamu memohon 6 perkara, jadi kamu perlu melakukan 6 perkara juga, apabila kamu mahu Allah mencintaimu takutlah kepadanya dan bertakwalah, apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan mengharap sesuatu dari apa yang mereka miliki, apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu, apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkan sedekahmu, apabila kamu mahu panjang umur, jalinkanlah silaturahim dengan saudara-saudaramu, apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, panjangkanlah sujudmu kepada Allah yang maha esa lagi maha perkasa.
Sekian, semoga anda berpuas hati.




3. TEKNIK SKALA + GOLD INVESTMENT ACCOUNT (UOB) 
     Melebihi 40%  PROFIT SETAHUN BRO......

Assalamualaikum dan salam sejahtera semoga anda semua sihat belaka hendaknya. Baiklah posting kali ini saya mahu menyatakan, salah satu teknik pelaburan emas terpantas untuk memperolehi profit dalam setahun adalah melalui teknik skala dan teknik GIA dari bank UOB.  
Bagaimanakah caranya? Baiklah posting sebelum ini saya telah menyatakan bagaimana teknik skala dijalankan, di mana modal yang anda keluarkan hanya sekali saja kemudian wang hasil dari pajakkan emas di Arrahnu anda simpan. Jadi adalah lebih baik wang hasil pajakkan emas tadi anda beli emas lagi atau laburkan di GIA bank UOB. Kenapa bank UOB ? sebab spreadnya rendah iaitu 1.1 % sahaja. Jadi anda boleh menjana keuntungan dengan lebih cepat seandainya harga emas naik. Kalu masih tak faham, apa kata kita tengok lagi jadual teknik skala sebelum ini:
Turn emas
Berat emas
      % pajak
Pinjam semasa
Pinjam
terdahulu
Upah simpan terkini
Upah simpan terdahulu

Profit
1      A

30g
50
3045
-
30.45
-
3045
2      B

30g
50
3045
-
30.45
-
3045
3      C

30g
50
3045
-
30.45
-
3045
4     D

30g
50
3045
-
30.45
-
3045
5      E

30g
50
3045
-
30.45
-
3045
6 F –A

30g
60
3654
3045
36.54
30.45x 6= 182.7
426.3












Dalam teknik ini anda kena perhatikan bahagian profit yang saya boldkan disebelah kanan sekali. Melalui teknik skala ni anda perlu pajakkan emas sebulan sekali, berdasarkan jadual diatas anda memajak emas dari bulan 1 hingga bulan 6. F – A pula bermaksud anda pajak emas F untuk menebus emas A. Jadi emas A akan berada di tangan kemudiannya.
Berbalik kepada kolum profit tadi, jika anda perhatikan, setiap bulan anda bakal memperolehi RM 3045 sebulan. Profit ini anda jangan gunakan sebaliknya anda beli emas lagi atau laburkan di GIA bank UOB. Sebaiknya beli pada bulan Januari setiap tahun kerana ketika ini harganya agak murah. Hasil keuntungan dari GIA tu tadi anda beli emas fizikal, so stok anda akan bertambah berkali ganda.
Bagaimana pula caranya nak melabur dalam GIA bank UOB? Mari saya tunjukkan caranya:    
        

     Premier Gold Account 
Gold Saving Account (GIA)
Minimum Initial Investment          
               1kg
                  20g
Minimum Subsequent Investment /
 Withdrawal                                     
      
       in multiple 1kg

      in multiple 5g
Minimum Balance in the Account    
              1kg
                 10g
Fee and charges
kos pentadbiran RM2 akan dikenakan setiap  bulan jika baki akaun kurang 1kg setiap akhir  bulan
kos pentadbiran RM2 akan dikenakan setiap 
 bulan jika baki akaun kurang 10g setiap akhir bulan
Account Opening Requirement
Prior to opening a Gold Investment Account, the investor is required to maintain either a savings account or current account in RM to facilitate payment for purchases, collection of sales proceeds and debiting of fees and charges.
Prior to opening a Gold Investment Account, the investor is required to maintain either a savings account or current account in RM to facilitate payment for purchases, collection of sales proceeds and debiting of fees and charges.

Untuk membuka akaun GIA UOB anda dikehendaki membeli sekurang-kurangnya 20g ikut harga semasa. Manakala belian tambahan atau jualan, minima adalah 5g sahaja. Maklumat lanjut boleh semak posting saya sebelum ini. Selain itu juga, anda perlu membuka akaun semasa UOB. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak bank atau kunjungi laman web di alamat http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html
Jika nak moniter harga semasa klik,  pada UOB Bank di sebelah kanan blog saya ni. Sekian sahaja untuk posting kali ini. Apa yang penting adalah jika anda buat, andalah yang dapat. SEMOGA ANDA BERPUAS HATI......wassalam.

 

4. Teknik  beli 100g dapat 190g betul ke nie....

Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada Geng Pencarian Emas dan rakan-rakan sekalian.  Harap anda semua sihat sejahtera dan dilimpahi rezki yang mencurah setiap hari. Sekiranya anda ada duit lebih, jangan tunggu lama-lama beli emas segera sebelum harganya bertambah mahal di masa akan datang.
Baiklah posting kali ini saya nak share satu teknik yang dinamakan “Beli 100g dapat 190g Percuma”.  Teknik ni saya dapat dari Seminar Sinar Gold.  Wow hebat kan... teknik ni amat sesuai bagi dealer dan juga mereka yang berani berhadapan dengan resiko. Nasihat saya baca teknik sampai abih, jangan sekerat jer nanti tersalah langkah merana lah jawabnya.
Langkahnya :
1.      Anda beli stok emas
2.      Anda pajakkan di Arrahnu
3.      Beli stok lagi guna duit gadaian kali pertama ( multiply)
4.      Gadaikan lagi sehingga tinggal baki terakhir daripada modal. (multiply)
5.      Jika rate di bank meningkat anda overlapskan stok emas anda, oleh itu masa yang sesuai untuk teknik ni anda perlu tahu.
Jom kita lihat contoh teknik ini berdasarkan harga semasa emas ketika posting ini ditulis:

1.      Anda beli segram emas 999  RM 195 dari GCP atau syarikat lain dengan syarat ketulinannya diperakui oleh pihak bank. Harga ni kalau beli dengan saya ha..ha..ha. Ikut harga semasa laman web GCP RM 200 segram.
RM 195 x 100g = RM 19,500
3.       Anda pajakkan emas tu di Arrahnu Agro Bank. Nak kena tengok pulak rate Agro tu beraper? Ikut semasa harga sekarang ni RM203 segrm.
4.      So RM 203 x 100g = RM 20,300 ( ini dinamakan nilai marhun). Anda pajakkan kali 1 sebanyak 65%. Kiraannya  RM 20,300 x 65% = RM 13,195.
5.      Anda dapat cash money sebanyak RM 13,195 kemudian beli stok lagi. 
So RM 195 x 60g = RM 11,700. Anda ada baki RM 1,495. Ingat jumlah baki ni tau.
6.      Kemudian anda pajakkan kali ke 2 sebanyak 70% . Kiraannya
RM 203 x 60g = RM12,180 ( nilai marhun). So RM 12, 180 x 70% = RM 8526.
7.       Anda dapat cash money sebanyak RM 8,526. Dengan wang ini anda beli stok lagi.. Kiraannya , RM195 x 40g = RM7,800. So anda ada baki RM 726. Ingat jumlah baki ni tau.
8.      Dengan stok baru 40g tadi, anda pajakkan kali ke 3. Kiraannya RM 203 x 40g = RM 8120 ( nilai marhun)  x 70% = RM 5, 684.
9.      Anda dapat cash money sebanyak RM 5,684. Masa ni lah saya mahu anda ingat balik jumlah baki wang pajakkan sebelum ini. Jadi RM 5, 684 + RM 1, 495 + RM 726 = RM 7905 tunai.
10.   Anda ada lagi cash money RM 7905 so beli stok lagi la bro... kiraannya RM 195 x 40g = RM 7,800. So anda ada baki lagi RM 105. Ingat jumlah baki ni tau.
11.   Anda pajakkan kali ke 4. Kiraannya RM 203 x 40g = RM 8,120 (nilai marhun)  x 70% = RM 5684.
12.  Anda ada lagi cash money sebanyak RM 5684. Beli stok lagi. Kiraannya RM 195 x 30g = RM 5850. Nampaknya anda kurang RM 166. Jangan lupa baki duit dari pajakkan kali ke 3 sebelum ini, ada RM 105. So RM166 – RM105= RM 61. So anda tambah RM 61 sahaja lagi dapatlah 30g. Kalau tak nak tambah duit beli jer stok 20g.
13.  Dengan stok baru 30g tadi anda pajakkan kali ke 5. Kiraannya RM 203 x 30g = RM 6090 ( nilai marhun) x 70% = RM 4263.
14.  So anda ada cash lagi sebanyak RM 4,263 untuk beli stok emas lagi.  Kiraannya RM195 x 20g = RM 3900. RM 4,263 – RM 3,900 = RM 363.  So anda ada baki RM 363. Duit baki ni anda buat la belanja dapur bro..ha..ha..ha.. so apa berlaku lepas nie...
15.  Ingat  stok 20g yang terakhir ni jangan  di pajakkan. Jadikan ia sebagai penebus stok emas yang telah dipajakkan di Arrahnu. Jadi anda kena tanya agen anda bagaimana caranya. Jika tersalah teknik anda kena bayar upah simpan atau boleh tercekik nanti ha..ha..ha..ha.
Sekarang mari kita lihat dalam bentuk carta aliran pula berapa banyak emas yang anda dapat hasil pajakkan tadi :
Modal  anda  100g
Pajak kali 1 dapat  60g
Pajak kali 2 dapat  40g
Pajak kali 3 dapat  40g
Pajak kali 4 dapat  30g
Pajak kali 5 dapat  20g
Sekarang dengan modal anda sebanyak stok emas 100g kini telah menjadi 290g so anda dapat free sebanyak 190grm.. mcmana bro...ada bagus ka ini bisnez.  Tentu sekali timbul persoalan di sini, memang la stok bertambah tetapi hutang juga bertambah , betul tak?
Dalam pelaburan emas ni,  volume stok + masa + harga amat penting untuk kita ambil perhatian bagi menjana profit semaksima mungkin.  Memang la hutang bertambah tetapi jika anda tahu masa yang sesuai dan harga anda beli stok emas pada masa itu juga sesuai, maka anda tak perlu risau dengan hutang di Arrahnu. Setelah 6 bulan atau kurang dari itu anda jual balik stok emas tersebut satu persatu dan akhirnya anda akan dapat profit dengan pantas. Nak tahu lebih detail berhubunglah dengan agen anda. 

Jika anda gunakan teknik ini, saya nasihatkan anda mesti tahu masa yang sesuai untuk melakukannya, silap-silap  anda akan merana kerana terpaksa membayar upah simpan di Arrahnu. Selain itu anda juga perlu tahu kuantiti gram emas yang dibeli pada akhir pajakkan dan yang terdapat di dalam Arrahnu. Nasihat saya,  silalah berhubung dengan agen anda.

  Sekian sahaja untuk posting kali ini saya harap anda berpuas hati....wassalam