Monday, February 7, 2011

AKHBAR TEMPATAN MENGATAKAN HARGA EMAS AKAN TERUS MENINGKAT, APA TUNGGU LAGI !!!

BELI  EMAS SEKARANG....ANDA MASIH BELUM TERLEWAT.......


DinarKelantan.com.my  ingin membawa pembaca semua untuk melihat trend kenaikan harga emas dan bila agaknya waktu yang sebaiknya untuk kita membeli komoditi ini sebagai aset pelaburan.
Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas. Contohnya:

“eh, emas mahal kan sekarang”
“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan. 

Berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:

“eh, emas mahal kan sekarang”

Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh (DinarKelantan.com.my sendiri dah Nampak hasil dari kenaikan harga Emas hanya dalam masa 3 ke 4 bulan sahaja). Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik.

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.
Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

“saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2011?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.
Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.
Ingat! Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.
Kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburaan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas. 

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).
Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.


Diambil dari : http://www.dinarkelantan.com.my/artikel-pilihan.html












TEKNIK MANIPULASI EMAS MELALUI PAJAKAN DI AGRO BANK

Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap, semua pembaca dalam keadaan sihat. Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas atau barang kemas berketulinan 24K terutama pembeli emas fizikal GCP
Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.

Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.
Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Terdapat 4 terma yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999 24K(RM165.80 segram)
2. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
3. Tempoh gadaian  6 bulan + 3 bulan + 2 bulan.
4.  Upah simpan yang rendah iaitu RM0.75 bagi setiap RM100.00

Huraian terperinci.
1. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999 24K(RM165.80 segram).
Sebagai contoh anda beli barang kemas GCP berketulinan 24K dgn nilai RM 153.49 segram (harga pada 7.1.11), sedangkan bila anda gadaikan dengan Agro Bank anda akan mendapat RM 165.80 sen segram. bermakna anda ada untung sebanyak RM 12.30 segram. Nampak sikit kan, tapi jika anda darabkan dgn 100 grm emas jumlahnya menjadi RM1231.00.  Banyak tu....Jika anda menggadaikan 100g emas 999, pada rate RM165.80/gram anda boleh meminjam RM10,777.00. Cara kira RM165.80 X 100grm=  RM16580.00.
RM 16580 X 65% = RM 10,777.00. banyak tu...
2. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun atau naik kemudian buat overlaping jika nilai gadaian di Agro Bank meningkat dari nilai gadaian sebelumnya.  

3. Tempoh gadaian  iaitu 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan.
Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan).

4. Upah simpan hanyalah RM0.75 untuk RM100 nilai emas (65% pinjaman)

 Kadar upah simpan adalah seperti berikut:


Surat-surat gadaian saya di Ar-Rahnu Agrobank.

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?


1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba. Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman. Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang 6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo…)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan pinjaman lagi 3 bulan dan 2 bulan.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam) Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong. Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).


Gadaian pertama kita akan diberikan nilai pinjaman sebanyak 65% manakala kali ke 2 sebanyak 70%. Semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut. apa lagi beli emas lagilah dengan nilai pinjaman tersebut, jangan lupa daratan.


Kesimpulan.
Tahniah  diucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank kerana banyak membantu pembeli  dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Kepada pembeli emas GCP terutama kepada Geng Pencarian Emas anda membuat pilihan yg tepat. Anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank. Well selamat melabur............