PROFIL SYARIKAT

PENGENALAN
PencarianEmas Trading adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah Akta Perniagaan 1956 pada 23 September 2011.
 No. Pendaftaran MA 0162772-V
Kami menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas berketulinan 999.9, 999 dan 916.
PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, PET  menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.
Selain itu kami juga menjual dinar iaitu yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W serta barang kemas berketulinan 916 sebagai produk alternatif.
PET juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.
VISI
Simpanan emas menjamin masa depan
MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas
MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.
Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.
Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.
PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, di mana tiada lagi barang yg lebih berharga kecuali emas dan perak.
Diharapkan usaha PET untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.