Sunday, March 20, 2011

Camna Nak Kira Harga Emas Dunia Dari USD Kepada RM

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada Geng Pencarianemas khususnya dan rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan emas amnya, hari ini saya dapat satu ilmu bagaimana caranye nak kira harga emas dunia dari USD kepada RM. Sebenarnya sifu saya ni memang dah lama bagi tapi baru ari nie tergerak nak masukkan dalam blog nie memandangkan bilangan ahli semakin bertambah. Jadi rajin-rajinlah membaca apa yang saya tulis nie dan terima kasih banyak yang tak terhingga kepada Mahaguru emas saya iaitu Datuk Syukor Hashim yang tak jemu-jemu menghantar email kerana nak sharekan  ilmu nie dengan kengkawan semua. Kepada mereka yang dah lama main emas nie, saya rasa dah tahu.

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak :)
.

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.
Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)

well semoga anda berpuas hati......

Wednesday, March 2, 2011

BEBERAPA FAKTOR HARGA EMAS DUNIA TERUS MENINGKAT............

Penyelidikan

World Gold Council melakukan kajian ke pasaran teknologi yang ada dan muncul berkaitan untuk emas. Teknologi yang berkaitan dengan penggunaan emas dalam aplikasi industri, termasuk elektronik, perubatan gigi, dan nanoteknologi, mencapai sekitar 12% keperluan emas (rata-rata tahunan lebih dari 434 tan 2005-2009). perisikan pasaran kami dan wawasan membolehkan kita untuk membangunkan teknologi dan pasaran sokongan dengan cara yang melindungi, memperkukuhkan dan memperluaskan emas memainkan peranan dalam aplikasi industri.

 

Sektor Elektronik

Electronics merupakan daerah terbesar penggunaan emas. Emas adalah bahan pilihan dalam aplikasi elektronik, terutama telekomunikasi, teknologi maklumat dan prestasi tinggi yang lain dan kritis aplikasi keselamatan. Semak telefon anda dan anda akan hampir pasti melihat kenalan berlapis emas, emas juga digunakan dalam menyelesaikan sambungan elektrik di dalam cip yang mengawal peranti. Sebuah peranti mobile yang khas boleh mengandungi sehingga 50mg emas.
Antara tahun 2005 dan 2009 emas permintaan yang berkaitan dengan elektronika rata-rata 287 ton per tahun. Sebagai akibat daripada pertumbuhan pasaran elektronik pengguna, pengambilan tahunan jangka panjang emas dalam elektronik meningkat, dengan menekan terus menerus untuk pengurangan kos penggerak utama industri elektronik.

 

Perubatan gigi

Walaupun emas tetap menjadi bahan penting dalam perubatan gigi, digunakan oleh doktor gigi secara perlahan menurun. Pada tahun 2005, industri yang digunakan 67 tan emas tetapi ini telah turun menjadi 54 ton pada tahun 2009. Global keramik baru dan paduan dasar logam telah meningkat lebih murah dengan mengorbankan pemulihan berasaskan emas. Namun, keuntungan kunci dari emas dan Paduannya tetap; bio-keserasian, kelenturan dan ketahanan terhadap korosi terus kedudukan emas sebagai bahan utama.

 

Emerging aplikasi

Emas digunakan dalam pelbagai teknologi yang berkaitan dengan aplikasi niche, memberikan prestasi yang luar biasa kerana kombinasi unik dari sifat teknikal. Sebagai contoh, emas menunjukkan biokompatibilitas sangat baik dalam tubuh manusia, sehingga sejumlah aplikasi langsung dari emas sebagai bahan perubatan .
Sifat unik dari nanopartikel emas yang menyebabkan penggunaannya dalam semakin banyak aplikasi dalam bidang ini. Sebagai contoh, emas adalah sebuah mangkin aktif untuk reaksi komersial penting. mangkin adalah zat atau bahan yang mempercepatkan laju reaksi kimia tanpa itu sendiri yang diambil oleh reaksi. Mangkin adalah komponen penting dari banyak proses industri yang berbeza digunakan untuk menghasilkan bahan kimia dan bahan makanan. Mereka juga memberikan penyelesaian untuk mengendalikan pembebasan daripada proses industri dan kenderaan.
Kita sedang menyaksikan ledakan minat dalam penggunaan emas seluruh ilmu pengetahuan dan teknologi. high quality terobosan secara teratur dilaporkan dari beberapa akademik yang terkemuka di dunia dan agensi-agensi industri. sumber baru permintaan emas kemungkinan kerana mengambil peranan kunci dalam teknologi canggih seperti diagnosis perubatan novel, pemurnian air, dan sel suria.
World Gold Council ditaja jurnal ilmiah, Gold Buletin , ulasan dan menerbitkan Pemecah kajian tanah yang berkaitan dengan penggunaan emas dalam teknologi.

SUMBER : http://www.gold.org/technology/research/