Sunday, May 20, 2012

JADI DELAER GCP 1K ? APA YANG SAYA DAPAT?


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca PET. harap-harap anda semua sihat dan sukses dalam apa jua yang tuan-tuan dan puan-puan lakukan dalam hidup seharian. Pada hari posting ini ditulis harga emas sudah mula mendaki dimana harga emas merudum  ke tahap terendah sebelum ini. Jika anda seorang pelabur emas fizikal yang berilmu, harga emas naik ataupun turun, sedikit pun tidak menjejaskan keuntungan yang anda bakal perolehi. Yakinlah bahawa harga emas akan sentiasa meningkat saban tahun. Posting kali ini, saya sering ditanya oleh rakan-rakan yang baru bermula bermain emas tentang apa yang saya dapat dengan bayaran RM IK untuk menjadi Dealer GCP. 

Untuk memuaskan hati semua pihak, berikut adalah penjelasan sendiri oleh BOS BESAR GCP  iaitu En, Shamsul  bin Md. Ali.

Banyak yg korang dapat sebenarnya. Tapi korang tak nampak.Korang bayor RM1,000 seumur hidup korang akan dapat

1)Membeli emas dengan harga MURAH giler, diskaun sehingga 8% & spread jualsemula kpd GCP serendah 5%. Murah ke murah giler???

2)MODAL disediakan dalam bentuk stok emas. Share ilmu kat org. kalu org nak beliemas tapi dealer tak cukup duit nk modalkan dulu, call jer GCP suruh GCP hantaremas tu kat customer dan bgtau yg payment customer bagi masa brg tu diserahkan.Dealer jadi tokey besau kat rumah. Suruh jer gcp utk buat keje. Pastu tunggu duituntung masuk akaun pada hari yg sama. Ribu riban untungnya tuuuu. Best ke bestgiler???

3)MODAL wang tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.Kalu customer tu nk jual balik emas yg dia beli dulu,call jer gcp bgtau yg customernk jual emas yg dia beli dulu cthnya berat sekilo dgn harga rm200k harga gcp buykat web la kununnya. Pastu gcp bawak duit bg kat customer tu dan customer serah emas. Dealer tunggu jer kat umah check akaun duit untung dah masuk lom. Dealer jadi tokey besau gak. Gcp gak yg buat keje. Best ke best giler tahap gaban????

4)MODAL wang tunai disediakan untuk membeli emas terpakai. Maleh nk citerbanyak. Mcm kat atas gak citernya.

5)Perkhidmatan penghantaran PERCUMA. Tunggu je kat umah. esok sampai la brgtu. Mmg best giler sgt2.

6)Perkhidmatan selepas jualan. boleh tanya mcm2 kat gcp. Staf gcp yg comel2 sediamelayani anda dgn mesra. Mmg syok giler cakap ngan staff gcp. Giler pun tak syok mcm tu.

7) Insentif Pengedar (ganjaran wang tunai kpd pengedar) korang bawak kawan beliemas kat kedai kong kek quat tak dapat duit tapi kat gcp korang bawak kawan jadidealer gcp korang dapat duit tau. Syok giler. Giler pun tak syok mcm tu.

8)Bantuan pemasaran di akhbar & majalah. Tiap2 minggu kuar paper. Mmg glamerler kita ngan gcp ni.

9) Seminar PERCUMA utk pengedar & prospek. Buat ajer seminar semua gcpsponser. Tak reti bercakap, gcp tolong cakapkan. Rugi sapa tak buat. Free jer nama org yg buat seminar masuk paper. Glamer ngalahkan artis.

10) Personal Coaching dgn pemilik GCP secara PERCUMA. Sapa nk blaja meniaga jota-jota dtgler. Rugi sape tak dtg.Banyak lagi sbnrnya faedah dealer ni. Kalu aku cakap korang kata riak la pulak. Kalutak cakap korang tak tau duit tu ke mana perginya. Pastu tuduh tokey gcp kayasorang2. Bab ni biarlah tokey gcp yg cakap sendiri sbb dia pemegang amanah yg Allah bagi. Kalu korang nak tau jugak baru aku jawab.Bayor 1k jer semua tu korang dapat. Materialnya mmg tak nampak, kalu korangbuat baru korang dapat semua benefit tu. kalu gcp bg barang tapi korang lemaumembazir jer duit beli brg2 tu. lebih baik duit tu kita sedekah fi sabilillah. Ni gcp bg jaring tau. Nk suruh korang menjaring bukan memancing.Mmg best giler gcp ni. Giler pun tak best mcm ni. :)

Harap-harap tuan-tuan dan puan-puan dapat memahami dengan apa yang disampaikan oleh bos besar GCP nie. Melalui pengalaman saya, memang benar apa yang disampaikan oleh beliau sebab selama saya berurusniaga dengan pihak GCP tiada masalah yang timbul, barang yang di pesan mahupun yang dipos akan sampai di tangan saya tepat pada masanya. Peluang sudah di beri, terpulang kepada anda bagi memberikan peluang kepada diri anda sendiri, keluarga yang anda sayangi dan negara yang anda duduki.

Sekian sahaja buat kali ini, "Semoga Anda Berpuas Hati"

Saturday, February 18, 2012

HARGA EMAS MENINGKAT LEBIH TINGGI BERBANDING TEMPAT LAIN

HARIAN METRO SABTU 18.2.12 GLOBAL H17.E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUKAR KIKIS TABIAT MENYIMPAN EMAS.
               

AKIBAT MENYIMPAN DUIT KERTAS DIRUMAH, JIKA SIMPAN EMAS DAH TENTU TIDAK HANGUS TERBAKAR DENGAN IZIN ALLAH. GAMBAR HIASAN KERATAN AKHBAR METRO 18.2.12

TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.
Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.
Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.

“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.

Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.

“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.

“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.

Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.

“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.

Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.

Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.

Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.

“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.

Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.
Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.

“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.

Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.

“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. - AFP

Wednesday, February 1, 2012

Utusan Malaysia Online - Labur emas mengikut syariah

Utusan Malaysia Online - Bicara Aga

Labur emas mengikut syariah




Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan. - Gambar hiasan



EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.


Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)


Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.


Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.


Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)


Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.


Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.


Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.
Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).


Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).


Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.


n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.


Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.
Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.


Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.
Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:


Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.


Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :


Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);
Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.


Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.


Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.


sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Monday, January 16, 2012

HARGA EMAS RM503 SEGRM MENJELANG TAHUN 2020

Berita Harian Online ( Ekonomi)

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17 ( selasa)

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.
 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
 

Sunday, January 15, 2012

90,000 tan Emas masih belum di lombong !!!!

Hanya 90,000 tan emas yang masih belum dilombong !!!
Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan dan para pembaca sekalian, harap anda sihat sentiasa dan dilimpahi kekayaan dan rahmat dari Allah Taala. Baiklah walaupun pada ketika ini jadual agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah namun saya gagahi juga untuk menulis posting ini. Saya rasa seperti ada satu kekurangan jika saya tidak share maklumat yang saya perolehi ni. Maklumat ini bukan sepenuhnya dari saya sebaliknya dari berita Harian Metro di ruangan ekspresi pada hari ahad bertarikh 12.1.12.
Mungkin ramai yang telah membacanya, namun begitu saya sengaja meletakkan di blog saya untuk rujukan di masa depan. Mungkin juga ada dikalangan pembaca yang terlepas pandang atau tidak sempat membacanya. Walau bagaimanapun saya rasa maklumat ini amat penting untuk di kongsi bersama. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.  
Ekspresi Berita Metro 12.1.12

ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.
KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.
Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.

Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.


   
YAKIN HIDUP BERUBAH... Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.



·        
HASIL LOMBONG... produk akhir yang hanya mengandungi kira-kira 37.5 peratus emas dan bernilai hampir RM575,000.



Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.

Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.

Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.

Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.

Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.


“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah
184 juta (RM882 juta),” katanya.


Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.


Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).


Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.


Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.


Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.


Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.


Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.


Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.


Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.


Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.


Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.


“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.


Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.


“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.


“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.


Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.


Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina - Chile.


Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.


Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.


Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.


Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.


Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas - biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.


Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.


Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.


Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.


Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.


Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.


“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.


“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.


Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.


Peralatan mereka sangat sederhana - satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.


Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.


Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.


“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.


Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.


Ia disokong Souter.


Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.


“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.


“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.


Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.


Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira
5 (RM25).


Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.


Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.


Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.


Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.


“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.


Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.


Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.


“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.


Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.


Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.


Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.


Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).


Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.


“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.


Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.



Sampai disini sahaja untuk posting kali ini.
Semoga Anda Berpuas Hati.
Wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

RAMALAN HARGA EMAS 2012

Salam rakan-rakan dan pembaca sekalian, semoga anda dan keluarga sihat sentiasa dan dibawah lindungan Allah selamanya. Baiklah posting kali ini saya mahu berkongsi berkaitan ramalan harga emas pada tahun 2012, jika anda baca posting saya pada tahun lepas, terdapat juga keratan akhbar yg meramalkan kenaikan harga emas pada tahun 2011.


 Nampaknya ramalan tersebut melebihi jangkaan yg sepatutnya dimana harga emas jauh lebih tinggi dari yg di jangkakan. Walau apa pun itu semua hanya ramalan, jangan terlalu yakin, sebaliknya kita perlu ambil perhatian dengan keadaan semasa dan merancang apa pula strategi pelaburan yang bakal kita buat pada tahun ini. Apa yg penting apakah teknik pelaburan yang hendak kita gunakan pada tahun ini agar kita boleh memperolehi keuntungan yang maksima. Jika mahukan resiko yg rendah kita boleh gunakan teknik skala tetapi jika mahukan keuntungan yg lebih gunakan teknik beli, pajak, beli lagi guna duit pajakan kali pertama, multiply dan overlaps tetapi resikonya juga lebih. Apa yang penting untuk teknik ini adalah volume belian, harga semasa belian dan tempoh jangkaan masa yang sesuai untuk melakukannya. 


Walau apapun teknik dan strategi yang anda gunakan, pastikan ada mendapat keuntungan. Anda bacalah keratan akhbar ni, kemudian buatlah persediaan untuk tahun ini. 





Selain itu, mari kita lihat kenaikan harga emas berdasarkan jadual harga emas bagi bulan dan tahun yang lepas sehingga pada tarikh posting ini ditulis.  












Pesoalannya, bagaimanakah formula dalam mengenalpasti  %  kenaikan harga emas berdasarkan jadual diatas. Caranya adalah harga High - harga Low bahagi harga Low x 100 = peratus kenaikan harga emas. 

So  anda boleh mengenalpasti kenaikan harga emas bagi setiap tempoh masa yang terdapat pada jadual diatas. Anda kiralah sendiri ye, x kanlah ini pun saya nak suap. Sekian sahaja posting untuk kali ini. 

Semoga anda dan saya berjaya. Yang pastinya kepuasan anda keutamaan kami.