Sunday, October 2, 2011

Produk Terkini PencarianEmas Trading

Assalamuaalaikum  dan selamat sejahtera semoga semua geng pencarian emas dan pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah taala hendaknya. Saya disini alhamdulillah, getaran kekayaan dan kejayaan kian menghampiri  dan saya rasai energynya setiap hari.  Allah berfirman “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri  mengubahnya” oleh itu janganlah kita salahkan takdir yang menimpa kita, sebenarnya kita sendirilah yang menentukan takdir kita sendiri.  Usaha yang kita lakukan sebenarnya hanya sia-sia sahaja melainkan hanya Allah sahaja yang  menentukan keberhasilannya. Oleh itu, kita hendaklah berusaha setelah itu bertawakkal , jangan mudah menyerah dan berputus asa sebelum kita mencubanya. Kekalkan  minda yang positif terhadap apa sahaja perkara,  kerana ia akan memberikan  perkara yang positif juga kepada diri kita.
   Alhamdulillah, Pencarian Emas Fizikal kini telah maju setapak lagi dan kini namanya telah ditukar kepada  Pencarian Emas Trading setelah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran MA 0162772-V. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua klien yang memberikan sokongan kepada Pencarian Emas Trading kerana tanpa sokongan anda sekalian, Syarikat ini pastinya masih dalam proses  biasa-biasa sahaja.
 PencarianEmas Trading maju setapak lagi dengan menambah senarai  produk jualannya berbentuk Pendant  dan Bangle yang berketulinan 999.9 dan 916 untuk Pendant  dan Bangle yang berketulinan 999 dan 916. Sementara peminat Rantai Leher  juga tidak ketinggalan  turut disediakan dalam bentuk 999 dan 916 dengan panjang  50cm. Bagi pelabur-pelabur emas kesemua produk ini adalah padu dan mempunyai ketepatan yang tinggi jika dipajakkan di Arrahnu.
           

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kesemua produk diatas dijual dibawah harga pasaran dan tanpa upah tukang.  Setakat ini produk terlaris adalah produk Pendant yang terdapat dalam berat  5, 10 dan 20g dan Bangle dalam berat 10, 20, 30 dan 50g.
Di harapkan peminat-peminat emas berpuas hati dengan produk terbaru ini dan insyaallah akan muncul produk  terkini di masa akan datang. Rajin-rajinlah buka blog PencarianEmas Trading kerana kami sentiasa mencari produk emas terbaik untuk anda.

Semoga Anda Berpuas Hati.
Sekian.   

No comments:

Post a Comment