Teknik beli 100gram dapat 190gram betul ke nie....
Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada Geng Pencarian Emas dan rakan-rakan sekalian. Harap anda semua sihat sejahtera dan dilimpahi rezki yang mencurah setiap hari. Sekiranya anda ada duit lebih, jangan tunggu lama-lama beli emas segera sebelum harganya bertambah mahal di masa akan datang.
Baiklah posting kali ini saya nak share satu teknik yang dinamakan “Beli 100g dapat 190g Percuma”. Teknik ni saya dapat dari Seminar Sinar Gold. Wow hebat kan... teknik ni amat sesuai bagi dealer dan juga mereka yang berani berhadapan dengan resiko. Nasihat saya baca teknik sampai abih, jangan sekerat jer nanti tersalah langkah merana lah jawabnya.
Langkahnya :
1. Anda beli stok emas
2. Anda pajakkan di Arrahnu
3. Beli stok lagi guna duit gadaian kali pertama ( multiply)
4. Gadaikan lagi sehingga tinggal baki terakhir daripada modal. (multiply)
5. Jika rate di bank meningkat anda overlapskan stok emas anda, oleh itu masa yang sesuai untuk teknik ni anda perlu tahu.
Jom kita lihat contoh teknik ini berdasarkan harga semasa emas ketika posting ini ditulis:
1. Anda beli segram emas 999 RM 195 dari GCP atau syarikat lain dengan syarat ketulinannya diperakui oleh pihak bank. Harga ni kalau beli dengan saya ha..ha..ha. Ikut harga semasa laman web GCP RM 200 segram.
2. Jadi RM 195 x 100g = RM 19,500
3. Anda pajakkan emas tu di Arrahnu Agro Bank. Nak kena tengok pulak rate Agro tu beraper? Ikut semasa harga sekarang ni RM203 segrm.
4. So RM 203 x 100g = RM 20,300 ( ini dinamakan nilai marhun). Anda pajakkan kali 1 sebanyak 65%. Kiraannya RM 20,300 x 65% = RM 13,195.
5. Anda dapat cash money sebanyak RM 13,195 kemudian beli stok lagi.
So RM 195 x 60g = RM 11,700. Anda ada baki RM 1,495. Ingat jumlah baki ni tau.
6. Kemudian anda pajakkan kali ke 2 sebanyak 70% . Kiraannya
RM 203 x 60g = RM12,180 ( nilai marhun). So RM 12, 180 x 70% = RM 8526.
7. Anda dapat cash money sebanyak RM 8,526. Dengan wang ini anda beli stok lagi.. Kiraannya , RM195 x 40g = RM7,800. So anda ada baki RM 726. Ingat jumlah baki ni tau.
8. Dengan stok baru 40g tadi, anda pajakkan kali ke 3. Kiraannya RM 203 x 40g = RM 8120 ( nilai marhun) x 70% = RM 5, 684.
9. Anda dapat cash money sebanyak RM 5,684. Masa ni lah saya mahu anda ingat balik jumlah baki wang pajakkan sebelum ini. Jadi RM 5,684 + RM 1,495 + RM 726 = RM 7905 tunai.
10. Anda ada lagi cash money RM 7905 so beli stok lagi la bro... kiraannya RM 195 x 40g = RM 7,800. So anda ada baki lagi RM 105. Ingat jumlah baki ni tau.
11. Anda pajakkan kali ke 4. Kiraannya RM 203 x 40g = RM 8,120 (nilai marhun) x 70% = RM 5684.
12. Anda ada lagi cash money sebanyak RM 5684. Beli stok lagi. Kiraannya RM 195 x 30g = RM 5850. Nampaknya anda kurang RM 166. Jangan lupa baki duit dari pajakkan kali ke 3 sebelum ini, ada RM 105. So RM166 – RM105= RM 61. So anda tambah RM 61 sahaja lagi dapatlah 30g. Kalau tak nak tambah duit beli jer stok 20g.
13. Dengan stok baru 30g tadi anda pajakkan kali ke 5. Kiraannya RM 203 x 30g = RM 6090 ( nilai marhun) x 70% = RM 4263.
14. So anda ada cash lagi sebanyak RM 4,263 untuk beli stok emas lagi. Kiraannya RM195 x 20g = RM 3900. RM 4,263 – RM 3,900 = RM 363. So anda ada baki RM 363. Duit baki ni anda buat la belanja dapur bro..ha..ha..ha.. so apa berlaku lepas nie...
15. Ingat stok 20g yang terakhir ni jangan di pajakkan. Jadikan ia sebagai penebus stok emas yang telah dipajakkan di Arrahnu. Jadi anda kena tanya agen anda bagaimana caranya. Jika tersalah teknik anda kena bayar upah simpan atau boleh tercekik nanti ha..ha..ha..ha.
Sekarang mari kita lihat pula berapa banyak emas yang anda dapat hasil pajakkan tadi :
Sekarang mari kita lihat pula berapa banyak emas yang anda dapat hasil pajakkan tadi :
Modal anda 100g
Pajak kali 1 dapat 60g
Pajak kali 2 dapat 40g
Pajak kali 3 dapat 40g
Pajak kali 4 dapat 30g
Pajak kali 5 dapat 20g
Sekarang dengan modal anda sebanyak stok emas 100g kini telah menjadi 290g so anda dapat free sebanyak 190grm.. mcmana bro...ada bagus ka ini bisnez. Tentu sekali timbul persoalan di sini, memang la stok bertambah tetapi hutang juga bertambah , betul tak?
Dalam pelaburan emas ni, volume stok + masa + harga amat penting untuk kita ambil perhatian bagi menjana profit semaksima mungkin. Memang la hutang bertambah tetapi jika anda tahu masa yang sesuai dan harga anda beli stok emas pada masa itu juga sesuai, maka anda tak perlu risau dengan hutang di Arrahnu. Setelah 6 bulan atau kurang dari itu anda jual balik stok emas tersebut satu persatu dan akhirnya anda akan dapat profit dengan pantas. Nak tahu lebih detail berhubunglah dengan agen anda.
Jika anda gunakan teknik ini, saya nasihatkan anda mesti tahu masa yang sesuai untuk melakukannya, silap-silap anda akan merana kerana terpaksa membayar upah simpan di Arrahnu. Selain itu anda juga perlu tahu kuantiti gram emas yang dibeli pada akhir pajakkan dan yang terdapat di dalam Arrahnu. Nasihat saya, silalah berhubung dengan agen anda.
Sekian sahaja untuk posting kali ini saya harap anda berpuas hati....wassalam.