Sunday, October 30, 2011

PELABURAN EMAS....UNTUNG KE ?

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan serta pembaca sekalian. Saya berharap sangat semoga anda sihat dan sukses sentiasa. Baiklah, posting kali ini saya tujukan khas kepada mereka yang baru nak berkenalan dengan pelaburan emas dan juga mereka yang telah melabur emas namun menghadapi masalah dari segi teknik dan juga strategi pelaburan. Pada hari ini, malah pada masa akan datang, saya yakin pelaburan emas dlihat sebagai satu cabang pelaburan yang menguntungkan terutama kepada wanita yang pandai merembat peluang diatas peningkatan harga emas.

Emas adalah logam terunggul ciptaan Allah yang tidak boleh dimanipulasikan. Sejarah penggunaan emas sebagai matawang boleh dilihat sejak 6000 tahun lampau apabila Mesir menggunakan jongkong emas yang dicop dengan nama Firaun Menes sebagai medium pertukaran. Kehebatan logam bernama emas ini ialah keupayaannya mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang dalam erti kata lain “kalis inflasi”.
Ini bermaksud , apa yang boleh dibeli oleh emas ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada sekarang. Ini dibuktikan dalam buku ‘ The Golden Constant- The English and American Ekperience 1560-2007’ tulisan Prof Roy W.Jastram daripada Sekolah Perngurusan Perniagaan University of California. Trend peningkatan harga emas  sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu iaitu dari 255.95 USD/Oz  kepada USD 1353.30/Oz. Ini adalah kenaikan 428.73 % bersamaan purata 42.87% setahun. Jika di lihat pada graf terkini anda dapat lihat pada jadual di bawah:


Jelas di sini bahawa kenaikan harga emas semakin meningkat saban tahun. Berbanding dengan wang kertas , ia mempunyai  nilai penyimpanan yang lemah kerana semakin disimpan , nilainya semakin merosot. Buktinya kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang  yang semakin rendah nilainya.
MACAMANA NAK UNTUNG DENGAN PELABURAN EMAS NIE BRO....?
Ha..ha..ha  tu lah orang main emas tuan nak main emas , orang lain untung  banyak  tuan untung ciput jer...  apa sudah jadi bro ...baik x yah melabur,  masuk ASB je walau dapat lebih kurang 8% jer profit,  lagi baik. Jadi saya mencadangkan kepada pembaca sekalian,  jika mahukan pulangan lumayan mesti memahami dan menguasai teknik-tekniknya, alah bukan susah sangat pun.. Yang penting  tuan-tuan mempersiapkan minda terlebih dahulu dengan perkara-perkara ini:
1.     Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang yang memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa yang disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran adalah amat penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik atau turun.

2.     Di dalam pelaburan emas, perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu, bukannya tunggu masa yang sesuai baru mula beli emas. Sebabnya jika  harga tinggi anda tak beli , bila harga rendah pun nanti anda tak beli juga ha...ha..ha... dah biasa berlaku ni bro...duit dah guna benda lain, sampai bila pun takkan mula.

3.     Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi dalam jangka masa panjang  harganya akan meningkat naik bro apa susah..

4.     Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika mahu menjana pendapatan tetap setiap bulan perlulah kerja lebih sikit dengan meniaga emas bukan pelaburan  emas. Adalah lebih cantik jika melabur sambil berniaga emas.

5.     Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara  menyertai skim-skim pelaburan emas. Tuan-tuan akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika melabur emas dengan syarikat mereka misalnya memberikan pulangan tetap 2 atau 3 % sebulan. Resiko pelaburan ini sangat tinggi dan sudah banyak syarikat pelaburan emas di serbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari. Sebaliknya anda sendiri yang lakukan pelaburan emas nie..lagi selamat bro...

6.     Semakin banyak ilmu yang dipelajari dan diperolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah dan menguntungkan. Justeru kita perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas misalnya  www.gold.org , http://www.kitco.com/charts/ dan sebagainya dan minta juga teknik-teknik manipulasi emas  dari agen jualan anda. Kalau agen tak bagi teknik, baik cari agen lain.

7.     Jadikan perkhidmatan Arrahnu sebagai batu loncatan untuk menjana keuntungan secara maksimum. Nak tahu caranya? Kena buat temujanji dengan sayalah ye..

APALAH AGAKNYA FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN...NIE
1.     Melihat harga emas yang ditawarkan oleh syarikat dan agen. Semakin murah harganya maka lebih baik dibeli. Sebaiknya beli emas dibawah harga pasaran.

2.     Membeli emas fizikal samaada barang kemas ataupun gold bar, ikut suka. Tapi untuk lebih selamat biarlah barang kemas sebab boleh dipajakkan di mana-mana bank atau institusi yang menawarkan perkhidmatan arrahnu.

3.     Ketulinan emas 999.9 atau 999 atau 916 inilah sebaiknya.

4.     Stok emas yang mudah diperolehi tak kiralah harga emas turun atau naik.

5.     Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread).

6.     Perlu ambil tahu,  jika emas kita jual balik pada syarikat atau bank  ada yang bengkok, calar atau sumbing adakah diterima atau mempengaruhi harga jualan balik. Jika mempengaruhi harga jualan balik, saya cadangkan belilah emas dari syarikat lain.

7.     Adakah resit belian asal turut diperlukan jika kita menjual kembali emas tersebut. Jika anda jual semula emas di kedai atau syarikat  yang sama biasanya resit memang diperlukan untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan tiada resit asal.
Demikianlah sedikit input berkaitan pelaburan emas bagi mereka yang baru mula nak berjinak-jinak atau sudahpun berkecimpung dengan sepak terajang permainan pelaburan emas ini. Semoga ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada tuan-tuan sekalian. Apa yang penting “ anda buat anda akan dapat”. Sekian sahaja posting kali ini semoga anda berpuas hati.. assalamualaikum.

Sunday, October 2, 2011

Produk Terkini PencarianEmas Trading

Assalamuaalaikum  dan selamat sejahtera semoga semua geng pencarian emas dan pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah taala hendaknya. Saya disini alhamdulillah, getaran kekayaan dan kejayaan kian menghampiri  dan saya rasai energynya setiap hari.  Allah berfirman “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri  mengubahnya” oleh itu janganlah kita salahkan takdir yang menimpa kita, sebenarnya kita sendirilah yang menentukan takdir kita sendiri.  Usaha yang kita lakukan sebenarnya hanya sia-sia sahaja melainkan hanya Allah sahaja yang  menentukan keberhasilannya. Oleh itu, kita hendaklah berusaha setelah itu bertawakkal , jangan mudah menyerah dan berputus asa sebelum kita mencubanya. Kekalkan  minda yang positif terhadap apa sahaja perkara,  kerana ia akan memberikan  perkara yang positif juga kepada diri kita.
   Alhamdulillah, Pencarian Emas Fizikal kini telah maju setapak lagi dan kini namanya telah ditukar kepada  Pencarian Emas Trading setelah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran MA 0162772-V. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua klien yang memberikan sokongan kepada Pencarian Emas Trading kerana tanpa sokongan anda sekalian, Syarikat ini pastinya masih dalam proses  biasa-biasa sahaja.
 PencarianEmas Trading maju setapak lagi dengan menambah senarai  produk jualannya berbentuk Pendant  dan Bangle yang berketulinan 999.9 dan 916 untuk Pendant  dan Bangle yang berketulinan 999 dan 916. Sementara peminat Rantai Leher  juga tidak ketinggalan  turut disediakan dalam bentuk 999 dan 916 dengan panjang  50cm. Bagi pelabur-pelabur emas kesemua produk ini adalah padu dan mempunyai ketepatan yang tinggi jika dipajakkan di Arrahnu.
           

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kesemua produk diatas dijual dibawah harga pasaran dan tanpa upah tukang.  Setakat ini produk terlaris adalah produk Pendant yang terdapat dalam berat  5, 10 dan 20g dan Bangle dalam berat 10, 20, 30 dan 50g.
Di harapkan peminat-peminat emas berpuas hati dengan produk terbaru ini dan insyaallah akan muncul produk  terkini di masa akan datang. Rajin-rajinlah buka blog PencarianEmas Trading kerana kami sentiasa mencari produk emas terbaik untuk anda.

Semoga Anda Berpuas Hati.
Sekian.