Sunday, September 4, 2011

BETUL KE ANDA TIDAK PERLU MENYIMPAN EMAS ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Geng Pencarianemas serta para pembaca  yang dihormati  sekalian.  Rasanya lama sudah saya tidak menulis dalam blog ni. Cuma saya ambil beberapa artikel sahaja yang berkaitan dengan berita emas terkini. Jadi hari ini rasanya ada sedikit pengalaman yang saya nak kongsi bersama rakan-rakan sekalian. Saya nak tanya adakah anda tidak perlu menyimpan emas? Sila  jawab….kalau masih tak faham dan tak tahu, meh sini saya bagi tahu tapi kena baca sampai abih la…

1.     Anda ada kerja tetap?
Selalu sibuk, kerja dari jam 8pgi – 5ptg.  Tak ada masa nak buat bisnes? Bisnes emas ini kena ringan mulut. Bercerita dengan orang tentang kebaikan menyimpan dan melabur dalam emas. Apa yang penting ilmu anda berkaitan emas perlulah tiptop. Anda ada strategi jangka pendek dan panjang untuk kita berikan pada client. Setelah mereka berpuashati , mereka akan membuat belian berulang. Percaya atau tidak sebenarnya berniaga emas boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda. Simpan emas memang untung tetapi berniaga emas lagi untung  hu..hu..hu..mana satu pilihan anda?

2.   Anda kurang berminat dgn MLM
Malaslah nak cari orang, nak pujuk dan rayu orang supaya ikut kita jual produk. Buang masa, tenaga jer buat apa..ye tak.  Jika anda seorang pelabur mahupun penyimpan..sudah mencukupi , kerana apa, kerana simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa. Ramai orang yang celik emas atau buta emas, tahu bahawa emas memang berharga dan menguntungkan, orang sangup berbunuhan kerana emas betul tak? Sebagai dealer emas anda Cuma perlu perkenalkan diri dan bagi jer bisnes kad anda pada mereka. Kadang-kadang  kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Berbeza kalau kita berniaga emas jika tidak laku kita tak perlu risau sebab harga emas akan naik, tiada pembeli harga tetap meningkat, so tak perlu risau jika produk tidak laku.
Sambil minum kat warung atau kedai kopi berkongsilah dengan rakan-rakan tentang kepentingan menyimpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar. Cerita sikit kenapa perlu tukar wang kertas kepada emas dan cerita sikit tentang peranan institusi kewangan dengan pelaburan emas yang ada menyediakan perkhidmatan arrahnu dalam menjana keuntungan terutama yang ada kaitan dengan konsep “ guna wang orang lain untuk mendapatkan profit pelaburan”. 

3.Anda seorang yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan  juga pendapatan sampingan

4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5.Orang tua atau warga emas atau orang yang dah pencen
Senang hendak  pergi haji atau back up jugak.Maklum sahaja sebab banyak kes anak buang ibu bapa sekarang ni..

6.Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal
Rancang  untuk masa depan anda

7.Pelajar atau untuk anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans..Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas, guna PTPTN untuk beli dinar..hasil berjimat cermat..bagus..

8.Individu yang masih bujang
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas akan meningkat dan waktu anda hendak kahwin harganya sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran sudah mula menular dikalangan masyarakat kita.

9.Individu yang minat emas.

10.Individu yang bercadang untuk membuka bisnes pada masa akan datang
Kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda, sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.
Ada juga individu yang menjadikan emas ini sebagai hobi mereka seperti menyimpan koleksi syiling lama..tak kisahlah.Yang penting dari kategori mana pun, emas ini memang menguntungkan semua pihak…
Dari itu saya mengesyorkan mulalah membuat simpanan anda dgn emas walaupun dgn hanya 1 dinar.Kalo ada duit lebih boleh tambah lagi dengan barang kemas atau dalam bentuk gold bar.
Sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas dan berminat untuk mempelajari teknik pelaburan emas serta bagaimana menjana pendapatan anda dengan emas, jangan segan silu untuk menghubungi saya di talian 017- 3716137..Ingat,Emas itu adalah duit yang sebenarnya…Fikir2kan dan renung2kanlah saudara-saudari…wassalam